Header Ads

REVIEW SUNWAY VELOCITY HOTEL

Dimesi moden Sunway Velocity Hotel
Sunway Velocity Hotel



    BERLOKASI sangat strategik di tengah pembangunan Kuala Lumpur, dibangunkan dengan usahasama Sunway Berhad dan Fawanis Sdn Bhd yang berkos RM146 juta. Ia dibuka secara rasmi untuk pengunjung bermula 20 September 2017.

    Menariknya jika anda menginap di sini, pelbagai kemudahan dapat anda kecapi antaranya akses mudah untuk pusat membeli belah Sunway Velocity Mall , tiada masalah jika anda lapar dan inginkan hiburan, menara pejabat, servis residences termasuk pusat perubatan yang bakal siap menjelang 2019.

    Tambah mudah apabila wujudnya kepelbagaian accessibility merangkumi kemudahan awam seperti MRT dan LRT di kawasan berdekatan yang menyenangkan tetamu untuk bermalam di sini.

    Hotel ini terletak hanya 3.8 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ia mempunyai sambungan terus ke stesen-stesen MRT bawah tanah Cochrane dan Maluri. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada dalam jarak 45 minit pemanduan.


    Penginapan

    Rekaan dalaman Sunway Velocity Hotel dilhamkan oleh Sunway Design Sdn Bhd di bawah pengurusan Sunway Hotels & Resorts. Sunway Velocity Hotel menyediakan sebanyak 351 bilik hotel dengan tiga kategori pilihan bilik iaitu Superior, Superior Plus dan Superior Premier. Bilik Superior , bersaiz 25 meter persegi terdiri daripada 266 bilik (RM198++).

    Melengkapi hiasan dalaman setiap bilik menampilkan paten geometri yang menonjol dengan rona warna hijau, kuning dan keemasan memberikan sentuhan segar dan menenangkan buat mereka yang menginap di sini. Dengan berilhamkan dekorasi yang minimal sudah memadai untuk keselesaan tetamu.

    Berjumlah 67 bilik, bilik Superior Plus yang berukuran 27 meter persegi ( RM 278++), diilhamkan dengan gaya kasual autentik bagi tetamu yang mahukan ruang yang luas. Bilik ini boleh memuatkan tiga orang dewasa juga katil tambahan (atas permintaan).


    Bilik Superior Premier bersaiz 38 meter persegi lebih luas dengan susunan gaya loft , boleh memuatkan dua orang dewasa dan dua anak kecil atau tiga dewasa dalam satu bilik. Jumlah keseluruhan bilik dalam kategori ini ialah sebanyak 18 bilik ( RM 378++).


    Setiap bilik juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk wi-fi dan broadband, LED Smart TV, peti keselamatan eletronik, peti sejuk mini berserta penyediaan kopi dan teh. Selain itu turut disediakan Snack-Tray sebagai complimentary seperti mee segera, biskut dan minuman ringan.  

    Kemudahan lain antaranya ruang meletak kenderaan, bilik bebas rokok, meja penyambut tamu 24/7.


    Istimewanya di sini, anda boleh ke tingkat 16 iaitu roof top untuk bersantai di kolam renang infiniti yang terbuka sambil menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur.
    Buat mereka yang suka beriadah boleh bersenam di fitness centre yang dibuka 24 jam.

    Selain itu fasiliti yang ada termasuk bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 12 orang. Anda boleh menempahnya untuk urusan kerja.Melengkapi hotel ini juga disediakan kafe ekspres di lobi hotel untuk menikmati sajian ringan ditemani hidangan kopi atau teh.


    Pendek kata menginap di hotel ini memberi pengalaman yang memuaskan biarpun hanya semalam. Serba serbi mudah dan selesa.

    Kemudahan dan perkhidmatan serta harga berpatutan mampu menarik minat tetamu untuk bertandang ke sini sama ada dari sektor korporat, pelancong tempatan mahupun luar negara.

    No comments

    Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y