Header Ads

Cara memohon Pembiyaan SPED (nano) oleh MARA dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar | Skim Pembiayaan Ekonomi Desa


sped nano pembiayaan untuk usahawan kecil luar bandar daripada MARA





Tatacara Permohonan 

Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat / Cawangan Pejabat MARA daerah. Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama-sama dengan borang permohonan. Borang Permohonan beserta kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek. Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.


Konsep Pembiayaan

Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai’ Bithaman Ajil, Bai Murabahah dan Bai’ Dayn).


Bentuk Pembiayaan

  • Pembelian aset / mesin / peralatan;
  • Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah / stok;
  • Pengubahsuaian atau menaik taraf premis perniagaan;
Skop Pembiayaan
Jenis-jenis sektor perniagaan yang dibiayai mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan tidak menyalahi undang-undang seperti berikut: 
 Pembuatan Perkhidmatan 
Pertanian (Bank Rakyat sahaja) 
Pelancongan Desa 

Had Pembiayaan Tidak melebihi maksimum RM10,000.00 untuk setiap permohonan 

 Tempoh Bayaran Balik Pembiayaan 
Tempoh pembiayaan adalah hingga 5 tahun. (tidak termasuk Tempoh Tangguhan selama 6 bulan) 

Syarat-Syarat Permohonan 

  • Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan satu (1) salinan Borang Permohonan. 
  • Melampirkan Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan. 
  • Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat/cawangan berdaftar di luar bandar MPLB. 
  • Perniagaan dimiliki sepenuhnya pegangan individu 100% Bumiputera iaitu Melayu, Orang Asli dan Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang. 
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi had umur 40 tahun sewaktu permohonan. 
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak. 
  • Mempunyai Lesen Berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan. 
  • Had pendedahan baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM500,000.00 dengan pengiraan had pendedahan dan pengecualian seperti berikut: 
    • Firma, 
    • Syarikat Sdn Bhd, 
    • PLT dan 
    • Koperasi – Tidak meliputi pembiayaan di atas nama pengarah/pemegang saham. 
  • Pengecualian untuk pembiayaan SPED sedia ada dan Premis Perniagaan sahaja. 
  • Semakan laporan kredit Bank Negara iaitu Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang tiada tunggakan dan sekiranya ada, resit bayaran perlu dilampirkan. 
  • Pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan. 
  • Mengemukakan Laporan Kewangan Beraudit atau Pengurusan bagi Firma / Syarikat Sdn Bhd / PLT / Koperasi mengikut tahun beroperasi (minimum 1 tahun). 
  • Mengemukakan Penyata Bank firma/syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini. 
  • Melampirkan salinan bagi Perjanjian Sewa Premis dan/atau Surat Kebenaran Menduduki yang dimatikan setem atau Geran Tanah. Walau bagaimanapun, ‘Sublet’ (sewa atas sewa) bagi sesebuah premis perniagaan adalah tidak dibenarkan. 
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk firma perseorangan atau salah seorang bagi firma perkongsian, Sdn Bhd, PLT dan Koperasi. 
  • Lain-lain dokumen berkaitan yang diperlukan bagi penilaian kredit dan kemampuan bayaran balik Pelanggan.

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y