Header Ads

ROYAL BELUM, SYURGA 10 SPESIS ENGGANG

ROYAL BELUM, SYURGA 10 SPESIS ENGGANG
Royal Belum International Hornbill Expedition 2017

Noah Strycker, merupakan pemegang rekod Big Year of Birding dengan rekod 6,042 spesis burung dilihat dari 10,400 spesis burung yang ada di dunia hanya dalam setahun di tujuh buah kontinen dari 1 Jan-31 Dis 2015 turut menyertai ekspedisi ini.

Royal Belum International Hornbill Expedition 2017 ini bertujuan untuk mempromosikan Taman Negara Royal Belum kepada peminat burung antarabangsa khasnya. 

Rentetan dari acara ini pihak Perbadanan Taman Negeri Perak mendapat maklum balas baik dari peserta bagi memantapkan promosi hutan Royal Belum kepada pelancong luar, terutamanya pencinta burung. 

Ekspedisi ini dianggap berjaya dan menjadi titik permulaan kepada penganjuran tahunan.

Antara penganjur yang terlibat ialah :

- Kerajaan Negeri Perak, 
- Perbadanan Taman Negeri Perak 
- ECOMY dengan kerjasama Koridor Utara, MOTAC, 
- Tourism Malaysia, 
- Tourism Perak, 
- Nikon, 
- NEST
-  Wild Bird Club Malaysia .

Royal Belum International Hornbill Expedition 2017
Plain-pouched HornbillRoyal Belum

Tentang Taman Negara Royal Belum 

Taman Negara Royal Belum digazet sebagai kawasan lindungan pada 3 Mei 2007 di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001. Luas keseluruhan 117,500 hektar dengan 90% ialah Hutan Simpan Royal Belum.
Ia bersempadan Thailand di utara, Lebuhraya Timur-Barat di selatan, Kelantan di Timur dan hampir dengan Taman Negara Bang Lang dan Tempat Perlindungan Hidupan Liar Hala Bala. Royal Belum pada awal tahun 2017 lalu, dimohon disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Unesco oleh Kementerian Pelancongan.

Hutan hujan tropika di sini antara tertua di dunia, sekitar 130 juta tahun. Dengan hutan tebal, ia menjadi habitat tumbuhan seperti raflesia dan haiwan liar termasuk spesis terancam;

- harimau
- gajah
- beruang
- badak sumbu
- tapir
- helang 
- burung enggang. 


Royal Belum Syurga Spesies Burung Enggang 

Burung Enggang mungkin lebih dikenali di Sarawak. Namun, di Sarawak hanya terdapat lapan jenis Enggang berbanding 10 jenis di Royal Belum!


10 spesies Enggang di Royal Belum ialah:

- Enggang Bulu/White-chrested Hornbill

- Enggang Kawan / Enggang

- Buluh/Bushy-crested Hornbill

- Enggang Berkedut/Wrinkled Hornbill

- Enggang Gunung/Wreathed Hornbill

- Enggang Hutan/ Plain-pouched Hornbill

- Enggang Kelingkung/Lilin/Oriental Pied Hornbill/Black Hornbill

- Enggang Badak/Rhinoceros Hornbill

- Enggang Papan/Great Hornbill

- Enggang Tebang Mentua/Burung Torak/Helmeted Hornbill

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y