Header Ads

DURIOTOURISM MARDI TARIKAN BAHARU PELANCONG 'HANTU DURIAN' KE PERAK

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Kuala Kangsar mewujudkan Duriotourism (tourism dengan tema berkelah makan durian) diyakini akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa, berkunjung ke negeri Perak. Pusat Duriotourism ini merupakan 'Pusat Pelancongan berasaskan Durian' yang pertama wujud di negara ini.



Pusat Duriotourism, MARDI Kuala Kangsar Perak


duriantourism mardi kuala kangsar perak


”Kawasan ini seluas 40 hektar, dan 22 hektar daripadanya ditanam dengan pelbagai jenis durian hasil kajian Mardi. Selain itu, terdapat juga muzium durian dibuka untuk kunjungan orang ramai, menambah pengetahuan tentang jenis-jenis durian tempatan dan kacukan. Selain melawati muzium, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti Duriotour iaitu melawat kawasan sekitar serta mendengar penerangan mengenai penanaman durian.

Jadi disini Tokwan nak sarankan mengkomer semua datang sini mengambil peluang sempena musim cuti sekolah hari Raya Aidilfitri 15 jun hingga 24 Jun 2018 ini untuk melawat pusat Duriotourism ni bagi menikmati durian serta menimba ilmu tentang raja segala buah itu.

Dengan bayaran hanya RM50 setiap seorang, pengunjung boleh menikmati durian D99, MDUR78, MDUR79, MDUR88 selain D24 dan Durian Musang King boleh dinikmati sepuas-puasnya.

Pusat Duriotourism Mardi Kuala Kangsar ini merangkumi keluasan 40 hektar keseluruhannya, dan 22 hektar daripadanya padat dengan tanaman pokok durian. Selain durian, tanaman pokok buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis hibrid dan limau bali turut di tanam di situ.

DURIOTOURISM MARDI TARIKAN BAHARU PELANCONG 'HANTU DURIAN' KE PERAK


Jadi, pengunjung yang datang ke Pusat Duriotourism ini bukan sahaja dapat menikmati durian dari pelbagai jenis baka, malah pengunjung turut berpeluang merasai pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis hibrid dan limau bali.

Pusat Duriotourims ini dibuka mulai 9 pagi hingga 6 petang, dan ia boleh menerima hingga 150 pengunjung sekaligus dalam sehari sama ada melalui tempahan atau datang terus walk-in. Tokwan nasihatkan, kalau nak datang lebih baik lah mengkomer buat tempahan dahulu. Bukan apa, takut-takut bila datang tiba-tiba Pusat Duriotourism ini tutup pula.

Tak ke naya begitu? Membazir wang membayar tol dan mengisi petrol sahaja,

durian mardi kuala kangsar

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y