10 Cara Mendekorasi Dapur Sempit Supaya Nampak Menarik dan Rasa Luas
Cara Mendekorasi Dapur Sempit Supaya Nampak Menarik dan Rasa Luas | Kalau anda membeli properti jenis teres atau pangsapuri, biasanya ruang dapur yang tersedia adalah sangat terhad dan sempit. Namun, siapa kata ruang dapur sempit tak mampu tampil mempersona dan menarik? Dapur dengan keluasan yang terhad ini jika kena cara dekorasinya, bijak memilih material, warna, serta susun atur yang sesuai, pasti hasilnya "Wow!" Jangan jadikan dapur sempit sebagai alasan untuk malas berhias.
Berikut antara perkara asas yang perlu anda tahu dalam menata hias dapur yang mempunyai keluasan yang terhad dan kecil.
1. Memilih jubin lantai yang bersaiz kecil dengan warna-warna gelap.
3. Menggunakan teknik pencahayaan tumpu untuk mencipta ilusi luas pada dapur anda.
4. Boleh mengaplikasikan penggunaan cermin supaya ruang dapur anda kelihatan lebih luas.
5. Gunakan warna-warna pastel dan natural pada dinding atau pintu kabinet.
6. Jika ingin menggunakan jubin / mozek maka pilihlah jubin berpermukaan polished.
7. Elakkan membuat plaster siling yang terlalu rendah agar ruang boleh kelihatan tinggi. Jika ingin menggunakan cornice pilihlah design yang ringkas dan tidak keterlaluan.
8. Gunakan warna-warna pastel yang lembut untuk kabinet. Jika ingin menggunakan warna terang aplikasikan warna tersebut pada pintu kabinet tertentu sahaja untuk menyerlahkan ruang tersebut.
9. Elakkan menggunakan terlalu banyak warna. Kekalkan dapur anda dengan warna yang lebut.

10. Elakkan meletakkan terlalu banyak aksesori atau hiasan tambahan di dapur. Simpan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kabinet supaya ruang kelihatan sentiasa bersih dan kemas.
Selamat mendeko Tokwan ucapkan!
Post a Comment