Header Ads

BUDAYA MAKAN ANGIN DI AIDILFITRI

BUDAYA makan angin di Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian jika Hari Raya disambut di kampung bersama keluarga dan sanak saudara. Suasana 'balik kampung' sememangnya momen yang dinantikan.

Phuket

Namun kebelakangan ini, budaya itu tidak menjadi keutamaan malah memilih untuk menyambut lebaran dengan merangka percutian. Ia sememangnya bukan sesuatu yang baru, tetapi semakin menjadi trend masa kini.

Data terbaru Traveloka mendedahkan trend rakyat Malaysia pergi bercuti ke destinasi percutian keluarga pada musim lebaran dan syawal yang semakin menggalakkan. Trend ini menandakan peralihan budaya di negara ini, memandangkan Hari Raya lazimnya dikaitkan dengan perjalanan balik kampung.

Data pencarian Hotels.com mendedahkan 10 destinasi utama yang paling kerap dicari oleh travelers Malaysia untuk tempoh cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini – dan destinasi tersebut memang terkenal sebagai pusat percutian keluarga yang popular.

“Lazimnya orang ramai meluangkan masa bersama keluarga pada Hari Raya, dan kami telah melihat peningkatan ketara dalam minat travelers terhadap destinasi mesra keluarga untuk musim cuti tahun ini. Hotels.com dapat memenuhi keperluan travelers di Malaysia, dan kami terus menawarkan nilai terbaik bagi pelanggan kami. Dengan 25 juta ulasan pengunjung yang sahih, rakyat Malaysia boleh mencari hotel terbaik yang memenuhi keperluan keluarga masing-masing,”
kata Jessica Chuang, Pengarah Rantau Asia bagi Jenama Hotels.com.


Peratus Peningkatan Carian, 2016-2018 Destinasi dalam negara Malaysia*:


             1 Langkawi   14%

             2 Pulau Pinang  71%

             3 Port Dickson  103%

             4 Melaka  93%

             5 Kuala Lumpur  123%

             6 Ipoh  64%

             7 Tanah Rata Cameron Highlands  28%

             8 Brinchang Cameron Highlands  46%

             9 Johor Bahru  164%

             10 Kota Kinabalu  102%

Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson ialah destinasi carian utama yang diminati pengembara Malaysia pada musim Hari Raya tahun ini. Ketiga-tiga destinasi tersebut terkenal dengan keindahan pantai dan resort mesra keluarga, sesuai untuk percutian seisi keluarga. Pulau Pinang juga popular kerana kepelbagaian budaya dan aneka makanan yang boleh dinikmati.
Beraya di bandar raya?

Johor Bahru mencatatkan kenaikan terbesar daripada segi minat pengembara pada musim Hari Raya tahun ini, diikuti oleh Kuala Lumpur dan Port Dickson.

Walaupun Kuala Lumpur lazimnya lengang ketika Hari Raya aidilfitri kerana kebanyakan warga kota sudah balik kampung, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pencarian bagi hotel KL pada musim Hari Raya tahun ini. Trend ini mungkin disebabkan oleh pertambahan bilangan pelawat dari seluruh Malaysia ke ibu kota negara, yang terkenal kerana daya tarikan beli-belah, menjamu selera dan hiburan mesra keluarga.

Singapura juga mencatatkan lonjakan paling tinggi dalam minat pengembara untuk musim Hari Raya kali ini, dengan peningkatan berganda dalam jumlah pencarian. Singapura ialah destinasi popular bagi percutian keluarga, dengan muzium terkenal, taman tema Universal Studios dan pilihan membeli-belah dan menjamu selera yang hebat.


Info:
•Lebih ramai rakyat Malaysia kini merancang untuk membawa keluarga pergi bercuti bersama pada musim Raya tahun ini – trend perubahan budaya dari kelaziman balik kampung
•Destinasi seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson menjadi destinasi percutian paling popular pada musim Raya tahun ini.
•Lebih ramai rakyat Malaysia dijangka mengunjungi bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pada Hari Raya
•Bangkok ialah destinasi luar negara paling popular bagi Hari Raya tahun ini

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y