Header Ads

6 Cara memulakan dekorasi tumbuhan hijau di dalam rumah

Kreatif! Rak dinding dijadikan kotak tumbuh-tumbuhan hijau
Untuk mengetahui tumbuhan apa yang sesuai dengan ruang anda, pertimbangkan tahap keamatan cahaya matahari anda. Jika anda ingin mudah, anda dapatkan tumbuhan hijau anda dari gedung Ikea sahaja. Tumbuhan yang didapati di Ikea, anda hanya perlu perhatikan pada label tumbuhan tersebut. 


Label yang Ikea sediakan ada menunjukkan sama ada tumbuhan memerlukan teduhan, cahaya matahari terus atau cahaya matahari dengan keamatan penuh. Ia juga memberitahu anda jika ia boleh diletak di dalam atau di luar dan suhu yang sesuai.

Gunakan alas pasu untuk menahan lebihan aliran air dari membasahi ruang kediaman anda

Tumbuhan gantung? Jika anda pandai bermain dengan susunan, mengapa tidak.

Tumbuhan hijau tidak seharusnya kerap dialih
Ketika anda membeli tumbuhan hiasan untuk rumah anda, pastikan anda tahu dan diberikan panduan tentang penjagaan tumbuhan terdebut.

Setiap tumbuhan adalah berlainan keperluannya terhadapa air. Ada yang perlu disiram hanya sekali seminggu atau setiap minggu kedua/ketiga. Ada yang dua kali seminggu—tiada air bertakung, atau dua/tiga kali seminggu—tiada tanah kering. 

Tips menyiram: Kurangkan menyiram jika tanah melekat pada ibu jari anda.

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y