Header Ads

Tips memiliki rumah atau aset hartanah pada usia muda

Kalau korang nak memiliki rumah atau aset hartanah pada usia muda, baca nasihat Tokwan ni sampai habis.


Tips memiliki rumah atau aset hartanah pada usia muda


1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.

2. Tilam lipat atau 'toto' pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.


3. Kurangkan makan di luar atau di 'Secret Resepi', makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.

4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.

5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.

6. Tak perlu 'smart tv' yang lebar sedepa, tabung sambut 'baby' jangan pula dilupa.

7. Baca 'post fb' dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.

8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.

9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.

10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.

11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang koyak plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.

--------------------------------------------
1. Dapat gaji habis bayar hutang dan dibelanja, katanya inilah cara 'reward'kan diri selepas penat bekerja.

2. Tak kisah hidup bertahun-tahun menyewa, yang penting kita 'enjoy' hingga ke hujung nyawa.

3. Tidak memiliki sebarang harta atau aset, duit berhabis pada hiburan sejak daripada 'zaman kaset'.

4. Marah orang beli rumah banyak dan buat 'sublet', rupa-rupanya 'loan' dia yang tak lepas itu sebab bila bank telefon lari sembunyi cakap dalam 'toilet'.

5. Duit berhabis pada kereta dan rim sukan, asyik amalkan pinjam duit dari kawan dan rakan.

6. Beli baju semua di butik atau Alamanda, tak pakailah baju jenama 'Myden' atau 'Papagoda'.

7. Sembang pasal duit dan bisnes berjuta-juta, tapi bab menyimpan dia pekakkan telinga dan tutup mata.

8. Siaran tv berbayar tak sanggup nak dibatal, makin berusia tiada simpanan dan masih nak menggatal.

9. Semua ditolak sama ada jadi imam atau makmum, yang dia tahu kad kredit hanya mampu bayar baki minimum.

10. Semua orang salah termasuk menteri, tapi nafkah isteri dan anak dia tak beri.

11. Tiap-tiap bulan pinjam duit isteri, bila minta balik tiba-tiba pengsan dan tak sedarkan diri.

12. Selalu merungut tak cukup wang, tapi untuk kekasih sanggup berhabis tahap 'jiwang'.

13. Soal gaji dan kewangan semuanya rahsia, duit dihabis pada berpoya-poya dan sia-sia.

14. Sanggup jadi penjamin atau 'guarantor', tak kiralah siapa nak beli kereta mahupun traktor.

15. Skim cepat kaya mudah percaya, katanya nak bersara muda kaya dan bergaya.

16. 'Post fb' pasal kewangan malas 'like' dan baca, orang bagi nasihat kewangan dikecam dan dicerca.

17. Tudung dan jubah penuh almari, sampaikan susah nak pilih dan dicari.

18. Anak jatuh sakit dia tak risau, tapi kalau koleksi hobi mahal dia jatuh boleh mengamuk dan sasau.

19. Pengemar fanatik koleksi 'limited edition', walaupun anak dan isteri selalu 'tension'.

20. ASB dan Tabung Haji dikatakan tak patuh syariah untuk melabur, buat apa simpan duit katanya bukan dibawa ke kubur.

21. Makan kedai tepi jalan katanya malu dan tak selera, hanya di 'Mekdi' dan 'Setabak' barulah lalu dan berselera.

22. Hutang keliling pinggang dia tak malu, baju takde jenama tak boleh pakai katanya geli dan berbulu.

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y