Header Ads

Tips Hartanah 3 - Type of property | Korang suka landed property ke apartment?

Tips Hartanah 3 - Type of property | Korang suka landed property ke apartment?


Sumber https://ibsfocus.my/2-tingkat-3000sqf/


1) Setinggan termasuk kategori landed

Haa…jangan ingat aku perli pulak. Memang ada tokey rumah setinggan and if u wish to buy u can find one. But if u takut kena hambat dengan PBT lebih baik lupakan.

Arwah datuk sedara aku pernah mengajak my father untuk menjadi peneroka bandar way back in 1970’s/80’s but my father wasn’t interested. I guess he’s not a risk taker unlike that atuk. About 5 years ago he told me dia ada tanah di Gombak and showed me tanah sekangkang kera depan rumah dia di Ampang yang bernilai 40k. Syiok tak? Gila tak syok.

Setahu aku lah dalam Islam kalau seseorang tu dah menetap di sesuatu kawasan yang tak bertuan more than 20 years takda sesiapa boleh senang-senang halau depa keluar (please check again but aku yakin betul). Lebih-lebih lagi rakyat sendiri. Kalau rakyat negara lain yang jadi setinggan tu suruhlah dia balik kampung dia. Keutamaan kena bagi kat rakyat sendiri.

Malangnya baru je aku nak pandai drive ke rumah dia di Ampang tu that atuk passed away. Takdo joki nak belajar.


2) Rumah kos rendah

Rumah jenis ni boleh bagi high return tapi mungkin banyak masalah yang akan muncul maybe bcoz penghuni rumah jenis ini kebiasaannya orang yang dipindahkan dari kawasan setinggan/ladang. Kebersihannya, manners nya boleh bikin kepala pusing. Bukan semua….kat mana-mana pun mesti ada segelintir yang tak reti bahasa. But don’t be surprise if u see Volvo, Supra and Honda parking kat sana.

Talk about parking space, selalunya tak mencukupi kat area sebegini so they double park and tak tarik hand brake. Sapa sapa yang nak keluar awal pagi tu cabut la high heels hang and tolak kete belakang.

Untuk melayakkan awak semua beli rumah jenis ni joint income mestilah max RM2,500. Kalau hang layak boleh try beli Kondo Rakyat (menyampah aku nama ni) di Pantai Dalam atau flat yang kat Abdullah Hukum tu. Kawasannya tengah bandar siap dengan public transport lagi. Tapi toksah la beli yang tinggi melangit, the most pun level 4. Dibuatnya lif rosak kena tidur kat hotel le ko. Takpun time air takde main lap dengan tisu je.


3) Rumah Teres

Alangkah bertuah kalau mampu beli rumah sebegini di KL/Shah Alam/Penang/JB. Rumah teres 2 tingkat cecah 850k atau lebih sekarang ni. Mampu? Alhamdulillah…… Alaa..ko beli je kek Seghomban ni tak sampai 200k pun ada (update 2015: rm200k untuk rumah teres setingkat terbaru). PLUS ada LEKAS pun ada. Takpun naik Transnasional atau Komuter ke KL, ko tidur je tau tau dah sampai tempat yang nak dituju. Kawasan yang menarik untuk tinggal di Seremban ni like Lavender Heights, Taman Bandar Senawang and Seremban 2.

Rumah teres boleh bagi pulangan modal yang tinggi kalo dijual in certain area. Kek Seghomban ni veryyyy sloowwww nak naik. Beli untuk duduk sendiri memang berbaloi.

Kalau keje dgn gomen takde masalah sangat kot. If you are an officer and your housing loan limit 500k then ko boleh amik semua kalau nak. But if you are trying to get a bank loan depa akan bagi only 1/3 from your income excluding overtime pay. And if so happened you don’t have fixed income i.e commission base income, some of the banks only consider half of it. Very little huh? Takpe takpe cari rumah lain ikut kemampuan ko.



4) Apartment n condominium

Rental return dari apartment adalah sama atau lebih baik daripada rumah teres. Sewa rumah teres 2 tingkat di Shah Alam sekitar 800-1500 and medium cost apartment yang bersaiz lebih kecil pun sekitar itu jugak.

Apartment and condo ni ada maintenance charges jugak, lain bintang lain la jumlah kena bayar, normally not less than rm50 p/m.

Kalau u target expatriate, u should consider to purchase a condo in Bangsar or Mont Kiara. Kat Hyatt Subang tu pun best, sunyi dan sejuk. Kereta hebat-hebat je parking kat situ. Teringin bangat nak ada rumah with address Damansara or Bangsar... ohhh..bilakah? or tidak akan merasakah?


5) Service apartment

Para pemaju yang cerdik di Malaysia ni membina hartanah kediaman di kawasan komersil. As far as I’m concerned service apartment does not covered in the Akta Perumahan so if ada masalah kena jumpa hakim yang adil kat mahkamah. Kalau yang sewaktu dengan “correct correct correct” tu…….

Aku tak pernah memiliki dan tak pernah berangan memiliki melainkan dalam pillow case aku penuh dengan duit di hari bertuah itu nanti.


6) Town house

Kepada yang belum tahu rumah jenis ni berada dalam satu bangunan tapi lelain tuan sebab pintu pun lelain. Aku pernah masuk di Sri Mahligai, Shah Alam, but I don’t like it. Aku jugak pernah tengok di Ampang. Lagilah aku tak suka. 1 pagar untuk 2 tuan rumah..urghh tak suke! Kalau dibuat pagar berasingan pulak jadi kecik rumah kita. No..no..no..

Ada jugak yang plan baikkkk punya dibelinya rumah ni terus dua dua tingkat. Katanya masa muda ni dia duduk di atas, tenant kat bawah. Dah tua sok dia pulak duduk di bawah bahagian atas disewakan. Bijak…bijak…mesti minum Nespray.


7) Bungalow

Takkkan tak tahu kot? Aku masih berangan, ntah merasa ntahkan tidak. Kalau aku tak dapat beli harap-harap ada antara anak-anak aku yang beli.

Teringin nak tidur semalam dua. Aku tak sepatutnya duduk kat rumah teres setingkat ni sampai tua sebab anak aku ada 5. Kalau dah besar nanti kat mana depa nak parking kereta bila cuti-cuti Malaysia? Then semua berkahwin, + lagi 5 org + cucu 15 org (max 3 aje sebab susu dah naik harga lagi). Umangaiii…sosak rumah den! Kat mana la adik ipar, abang ipar, kakak ipar nak berlunjur? Kat mana pulak cucu-cucu aku nak bergolek-gelantang? Kalau besar macam rumah our parents tak mengapalah.

I think setiap orang patut berangan nak memiliki banglo. Apa-apa hal pun berangan dulu, dapat ke tidak tu lain cerita.

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y