Header Ads

Tips Deko Bajet Menjelang Raya Aidilfitri

Tips Deko Bajet Menjelang Raya AidilfitriMenjelang Hari raya Aidilfitri nanti, pasti ramai mula mencongak-congak kos belanja untuk mencantikkan kediaman. Sebenarnya banyak cara untuk memperbaharui hiasan dalaman sempena raya tanpa memerlukan kos yang besar. Jom tengok apa tips bajet yang kami sediakan.

Kami di HPA akan berkongsi beberapa idea jimat bajet kala menghias rumah dengan hanya menambah satu atau dua item sahaja. Bajet yang diperlukan juga sekitar RM50 – RM200 je kalau anda bijak mencari barangan menarik dan murah. Pastikan tempat anda mencari barangan juga kena betul.

Sempena raya tahun ni, Lazada buat potongan hingga 80% terhadap barangan-barangan rumah bersempena Marhaban Ya Ramadan & Riang Ria Raya sale. Boleh lah anda mencuci mata sambil mencari dekorasi rumah yang murah-murah sebelum jualan promosi Ramadan Home ni tamat pada 30 Jun 2017.

riang-ria-raya-my-ramadhan-home/
Lazada Marhaban Ya Ramadan & Riang Ria Raya sale

Okey tanpa berlengah lagi mari kita lihat apakah idea-idea deko yang bertemakan bajet pada raya tahun ini.

Menukar sarung kusyen lama kepada yang baru
Mulakan dengan menukar sarung kusyen dan bantal di ruang tamu anda. Ianya pasti sudah cukup mencipta suasana berbeza dan baru pada ruang tamu anda biarpun langsir masih sama. Tetapi pastikan tema dan corak adalah serasi dengan langsir dan barangan lain di ruang itu.

Untuk lebih detail, klik SINI

Gantikan karpet
Jika karpet yang digunakan sebelum ini banyak kerawang dan bunga, cuba anda ubah selera dengan memilih karpet dengan rekaan polos. Tapi pastikan warna yang dipilih itu compliment dengan langsir dan juga sofa.
Klik SINI untuk terus ke laman Lazada
Klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut

Serikan kediaman dengan tumbuhan segar
Dengan meletakkan tumbuhan hijau atau house plant akan serta merta memberi impak segarr dalam rumah! Anda boleh meletakkannya di sudut bucu ruang tamu atau pada garis mula koridor panjang untuk ke bilik tidur. Biasanya pohon fiddle leaf fig, monstera, strelitzia nicolai dan rhapis palm akan menjadi pilihan para penggemar house plant untuk mendekorasi rumah mereka. Jika sukar mendapatkan tumbuhan hidup, anda juga boleh memilih tumbuhan tiruan yang realistik seperti ini.
Klik SINI

Cat sendiri dinding rumah anda
Sekian lama dinding rumah kita dengan warna yang sama, apakata kita serlahkan lagi transformasi rumah kita dengan menukar cat dinding. Kos mengecat ruang tamu mungkin menelan belanja besar tapi kalau anda boleh lakukannya sendiri, maka boleh lah jimat kos upah.



Wangian rumah yang menggamit tetamu datang
Paling jimat adalah anda hanya perlu bersihkan ruang tamu dan ruang makan dan salin sarung kusyen. Antara penyumbang bau tak sedap di rumah adalah kusyen dan langsir kerana ia dari jenis fabrik, maka mudah menyerapp bau. Cuba buat naikkan aroma ruang tamu anda dengan memasanng lilin beraroma atau penyegar udara automatik. Tentu tetamu masuk rumah dengan senyuman girang!

Moga dengan cadangan-cadangan idea yang kami berikan dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menghias kediaman dengan lebih kos efisyen dan dapat menjimatkan wang anda. Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya ikhlas dari kami crew Homestay Purnama Annur, Gerik perak.



No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y