Header Ads

Tempat Menarik Di Baling, Kedah

Tempat Menarik Di Baling, Kedah | Assalamualaikum dan selamat pagi. Cuti sekolah kembali lagi... kemanakah tujuan kita bersama keluarga kali ini? Kita masih boleh bercuti-cuti santai biarpun sekarang dalam bulan puasa Ramadhan al mubarak. Apa kata kita intai daerah sebelah Gerik iaitu Baling, Kedah.

Sumber travelwithhani.com


Okay, kembali ke cerita Baling.

Walaupun dahulu Baling dihambat kemiskinan, kini ia semakin maju. Masa harga emas RM7.50 segram beberapa tahun lepas orang perempuan di sana bercerita tentang emas sesajor. Meloponglah den yang tak minat beli emas ni. Tak minat membeli saja ye... kalau orang belikan of course i suka.

Di Baling ada MRSM, Kolej Komuniti dan dengarnya UiTM pun akan dibina. Oleh itu sambil melawat anak/anak saudara di sana atau sesaja berjalan ke sana bolehlah panjangkan langkah explore pekan Baling itu pula. I tell u, shopping pinggan mangkuk Arcoroc dan yang sejenis dengannya lebih murah di pekan lama Baling tu. Walaupun kedainya kecil tapi penuh dengan barang, mak ayah je tak dijual di situ :-)) Toksahlah bawa anak-anak masuk sekali ke dalam kedai tu. Suruh husband bawa anak-anak berwirid di Masjid Baling di sebelah balai polis tu ;-)) . Jangan tak percaya kemeja sekolah dan baju kurung sekolah rendah (baju sahaja) ada yang dijual serendah RM5 sehelai! Marketing strategy tuh.. kat dalam kedai cap Canggih Manggih pun ada. Hujung tahun nanti boleh cari. Memanglah agak nipis tapi boleh dipakai bersama singlet dan ditukar setiap tiga bulan hehee..

Di pekan Baling juga ada kedai gunting rambut lelaki siap massage. Aku ada share di instagram sebelum ni. Suka anak-anak aku ke situ. Bagi yang kaki makan boleh mencuba laksa, nasi kandar dan nasi lemak. Kedai yang keluar kat Jalan Jalan Cari Makan/Dapur Panas tu rasanya kat kedai MARA.

Baling hanya 40 minit jauhnya dari sempadan Thailand. Untuk masuk ke Betong kita perlu melalui Imigresen Kroh. Yang lahir dan bekerja di Kedah boleh buat border pass untuk ke Thailand. Border pass tu murah saja dan boleh dimasukkan nama anak isteri sekali. Sesiapa yang ada passport sila bawa bila ke Kedah, Perlis atau Kelantan sebab boleh lajak masuk ke negara Siam tu sekali.

Kali ini aku hendak memberikan idea ke mana yang perlu di tuju ketika berada di Baling atau daerah yang berhampiran dengannya.


Tempat-tempat Menarik Di Baling:

1. Pekan Baling

Pekan Baling merupakan syurga membeli-belah kepada kaki shopping seperti biras aku heheh... ada aje yang dibelinya. Kedai kain semakin bertambah, kedai pakaian pun banyak dan murah.


Peralatan dapur dan pinggan mangkuk carilah di pekan lama. Walaupun pilihannya tak sebanyak di Langkawi tetapi shopping di Baling lebih berbaloi daripada Padang Besar/ Bukit Kayu Hitam. Jimat sikit tambang feri pergi balik Langkawi.


Pasar Tani hari Rabu lebih meriah darpada pekan Ahad. Hari Sabtu pasar malam di pekan Baling, hari Jumaat di pekan Kupang. Pusat perniagaan selain pekan Baling ialah Kupang dan Batu 42 (di depan sekolah agama tu).


2. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

Sumber boisterousgurlz.com


Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di daerah Baling. Mula beroperasi sejak Tahun 1998 lagi, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari Pekan Baling.





Aku pun dah lama tak ke sini. Kali terakhir aku pergi ada tiga buah kolam; untuk dewasa, kanak-kanak dan satu lagi berpagar, sangat panas! Tetapi aku dengar ia digunakan askar yang dalam latihan komando untuk berenang di situ huhuhu... siapa berani mengata mereka tak hebat? sesiapa yang dok mencaci komando/askar kita tu elok rendam je dalam kolam yang ini, rebus t**** dia. Jadi keyboard warrior memanglah senang.

Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam dengan mengenakan sedikit bayaran. Waktu malam terutama di hujung minggu tempat ini meriah dengan pengunjung yang ramai. Penginapan jenis VIP, standard dan dormitori juga disediakan.

Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my


3. Sungai Angkat Ulu Legong


Letaknya bersebelahan dengan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong tetapi airnya sejuk. Sungai ni sesuai untuk mandi-manda di waktu siang. Seronok berkelah di sini.


4. Rafting/tubing (Rakit Pelampung)


Untuk mereka sukakan aktiviti luar yang mencabar boleh mencuba aktiviti rafting ini sejauh 20 kilometer dari Sungai Siong sehingga Sungai Baling melalui Sungai Ketil. 20 km tu dalam dua jam aje jika arus agak deras. Adakah ia mencabar seperti di  Sungai Kampar? Atau, agak relaks seperti Pattalung?

Aku ada nampak signboard rafting ni masa balik kampung Disember lepas tapi tak sempat nak bertanya lanjut. Well... get ready boys! Mak korang suka sangat rafting nih. Aku nak cuba!!



5. Berkayak



Di sungai yang sama kita juga boleh berkayak sambil menikmati keindahan alam. Bersantai bersama-sama keluarga dan rakan.

Sumber saifudin-mtb.blogspot.com


6. Mendaki Gunung Baling

Aktiviti ini pun aku teringin nak buat tapi kalau takde kawan tak syoklah. Kawan itu pun kalau jenis advance climber mesti bosan mendaki dengan aku sebab banyak kali berhenti rehat heheh..

Baling menawarkan aktiviti riadah yang pelbagai contohnya mendaki Gunung Baling. Pendakian memakan masa 2 jam hingga ke 3 jam bergantung kepada kecergasan pendaki dengan pimpinan malim gunung yang berpengalaman. Mesti rasa puas dan seronok kan bila dah sampai ke puncak, dapat melihat keseluruhan pekan Baling.


Sumber allevents.in



7. Mendaki Gunung Pulai


Gunung Pulai terletak besebelahan dengan Gunung Baling dengan struktur gunung yang bercantum. Tempat memulakan pendakian Gunung Pulai beberapa kilometer dari pekan Baling.



8. Berkelah di Air Terjun Lata Bayu, Lata Bukit Hijau, Lata Celak di Iboi

Owh.. Baling ada banyak tempat berkelah dan mandi-manda.



9. Gua Jepun


.

Sumber mdbaling.gov.my


Produk perlancongan Baling yang bakal dipopularkan. Gua Jepun yang menyimpan banyak sejarah ini harus di lawati jika anda menjejakkan kaki ke Baling. Ianya terletak di kaki Gunung Baling dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Pekan Baling. 

Konsep military tourism (pelancongan tentera) akan diperkenalkan, khususnya yang melibatkan kawasan penemuan kubu komunis di hutan berdekatan. Kubu komunis yang terdapat di Weng juga akan dipromosikan setelah jalannya diturap hingga ke kawasan gua. Buat masa ini ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

“Terowong Komunis Weng yang sedang dibangunkan sekarang akan memiliki sebuah kompleks pelancongan tentera yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kompleks penerangan, surau, pondok rehat, kedai makan, cenderahati dan tandas awam." kata Pegawai Daerahnya, Dzohir Md Zain. Buatlah lapang sasar untuk menembak seperti di Cu Chi Tunnel tu.


Adakah ia akan semenarik Gua Tempurung dan Gua Kandu? Kita nantikan.


10. Betong Thailand.

Jaraknya 26.5km dari pekan Baling dengan masa pemanduan hanya 40 minit. Jika ingin menggunakan kenderaan awam, ada motor taxi yang akan menunggu di Imigresen Betong. Tuk tuk pun ada... park je kereta di kawasan Malaysia.

Jika ingin memandu kenderaan sendiri sila bawa geran asal. Ada yang kata salinan geran yang disahkan oleh JPJ/polis juga boleh digunakan. Yang tu tak pastilah eh, nasib nasib kot. Wajib membeli insurans kenderaan sebelum masuk ke sana.

Apa yang ada di Betong?

Dulu aku masuk sebab nak makan jer. Pergi lima orang order memacam baru RM40 je. Lepas tu shopping fake handbags hahah.... dululah. 

Selain daripada itu ada terowong komunis yang menembusi kawasan Baling. Dah lama plan nak ke sini tapi tak sampai lagi. Sesiapa yang ada 4x4 tu boleh terus ke kawasan peranginan Hala Bala.


Restoran popular di Baling?

Sila cuba di:

1) Kedai MARA di pekan Baling
2) Cili Merah di Kampung Charuk Bemban, Kupang. Jika anda datang dari arah Kulim/Sg Petani, restoran ini sebelum pekan Baling.
3) Bagi penggemar western food, boleh cuba di Oishiin atau yang sebelah perpustakaan awam. Apa ntah namanya.

Aku ni kalau balik kampung sini ka... kampung sana ka... jarang sangat makan di luar jadi nak rekemen pun susah, nanti tak sedap pula. Kalu hang pi sana gi lah try mana mana kedai. Kedai mamak pun banyak juga. Ada satu kedai mamak di Batu 42 tu kan, di bulan puasa pukul 1 petang dah mula berjualan untuk jantan-jantan yang 'uzur'. Berpuasa dalam negara aman pun tak larat macam manalah nak dihantar berperang? Eloklah JAIK pantau. 


Makanan popular di Baling?

Sudah semestinya daging rebus cicah air asam dan gulai daging dengan umbut pisang. Wallawehhh! Cucur peneram yang dijual panas pun sedap.


Penginapan di Baling?

Hotel Seri Baling Inn
Jalan Bukit Charuk Nau
09100 Baling
Kedah Darul Aman
Tel 04-4721336

Rumah Rehat Majlis Derah Baling

09100 Baling
Kedah Darul Aman
TEL:04-4706636
Email: mdbaling@mdbaling.gov.my


Hotel Bayu
Wisma Ramli
Lot 18, Jalan Pulai
Kampung Pokok Sena
09100 Baling
Kedah.
Tel : +60 4-470 0969

Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling,
Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my

Homestay pun banyak. Carilah yang mempunyai pemandangan menarik seperti sungai, sawah padi dan gunung.



Dimana untuk mendapatkan wifi percuma?

Meh kita lepak lepak penuhkan stesen bas. laju beb hahhaha.. 


Pekan/bandar lain yang berhampiran Baling?

Kulim is 45 minutes away. Paling syoknya pergi ke Sungai Sedim untuk rafting. Jambatan gantung (Sedim Tree Top Canopy Walk) pun ada tapi tak ecological sangatlah sebab diperbuat daripada besi. 

Sungai Petani & Sik pun dekat, sejam perjalanan.

Gerik dalam 1 jam perjalanan. Tapi Gerik ni daerah negeri Perak dah, bukan Kedah lagi dah. Tapi Gerik ni antara bandar sempadan yang terdekat dengan Baling selain bandar Kroh.

**Pada aku setakat sejam dua tu kira dekatlah.

White water rafting at Sungai Sedim. Sumber whoadventure.com


Untuk maklumat lanjut silakan berhubung dengan:

MAJLIS DAERAH BALING,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.




Talian Am 04-4701 800
Faks 04-4701 580
E-mel : mdbaling@mdbaling.gov.my



Baling memiliki banyak produk pelancongan tetapi seperti kurang dipromosikan selain kawasan perkelahan dan air terjun. Yang tahu, tahulah. Lagi satu, kebersihan pekan dan kampung elok dipertingkatkan. Aku suka mengambil contoh negeri Melaka. Cuba lalu di kampung-kampung di Melaka, bersih dan cantik berhias. 

Please educate the peoples terutama di kawasan pasar malam tu. I know it's not easy... pihak berkuasa Melaka pun mengambil masa lapan tahun untuk mendidik tentang kebersihan sungai and it is still ongoing. Hasilnya?  Dah berjuta pelancong yang telah menaiki Melaka River Cruise malah dikatakan antara sungai tercantik di asia tenggara. 

Siapa yang untung? Selain tour operator, industri hiliran lain seperti kraftangan, penginapan dan penyediaan makanan berkembang maju. Sesak kemain Melaka tu! Paling tak boleh blah traffic lights sampai 200 saat sekali berhenti. Cair mekap duduk atas motor hahahha..


Bagaimana hendak ke Baling dari Kuala Lumpur?


Boleh melalui highway Kulim-Butterworth yang lalu di Seberang Jaya tu atau keluar di Tol Kuala Kangsar menuju ke Grik. Jalan tu lagi best walaupun agak sunyi bila petang. 



hmmm banyaknya aktiviti yang ingin dilakukan di Baling tapi... 

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y