Header Ads

HOMESTAY GERIK - PURNAMA ANNUR

homestay-gerik-perak

Gerik, merupakan sebauh daerah kecil yang terletak di paling hujung utara negeri Perak. Kalau korang berasal dari Kelantan, jalan bukit gerik memang dah tak asing lagi bagi korang. Kawasan sekitar daerah Gerik ni lah antara tempat yang korang masih boleh nampak keindahan semulajadi dengan bukit-bukau, dan gunung ganang yang saujana mata memandang. So kalau rasa dah bosan mengadap hutan batu.. Nak hadap pepohon hijau, keindahan flora & fauna, menikmati suasana alam semuajadi, nak mandi kolam air panas, meredah hutan dan sungai, mandi air terjun atau nak hiking bagai. Gerik, Perak adalah lokasi pilihan paling terbaik.

Bila nak buat aktiviti macam di sebut tadi kalau yang datang dari jauh mesti la ada tempat penginapan yang paling hampir dengan lokasi untuk kita beraktiviti kan? Hotel dah boring sangat. Tapi kalau pergi ke tempat - tempat macam ni dalam kumpulan yang ramai atau berkeluarga orang kata homestay la paling berbaloi. Sebab homestay konsepnya macam rumah.ada bilik, ada ruang tamu, ada dapur boleh memasak & siap dengan kelengkapan asas sebuah rumah kan? Jadi yang bekeluarga ni kalau hotel tu rasa macam kurang selesa nak2 lagi 1 keluarga yang besar. Jadi kalau nak menikmati percutian yang santai macam rumah sendiri elok la anda try risik2 satu homestay di Gerik, Perak ni.
homestay-gerik-perak-untuk-seisi-keluarga-bercuti

So kalau anda ke Gerik nak cari homestay sangat rekemen untuk korang check-in di Homestay Gerik Purnama Annur. Amboi sedap nama homestay gerik ni kan. Sejuk ja dengar. Homestay dia pun tak kurang cantik dan cukup kelengkapan asas. Homestay gerik purnama annur ni jenis rumah teres setingkat. Bermaksud rumah atas tanah la. So memang senang nak parking kalau datang dengan kenderaan sendiri melainkan kalau korang naik jet peribadi tu mungkin susah sikit nak parking. hihi. Setakat kereta MPV exora tu insya Allah tak ada masalah nak parking katanya. Ada 3 bilik tidur. salah satu bilik ada aircond dan 3 bilik air. 3 bilik air kau! Tak payah nak berbaris panjang sangat tunggu turn nak mandi. 

Antara kemudahan lain yang di sediakan kat Purnama Annur Homestay Gerik ni adalah

1. Peti sejuk
2. Jug air panas elektrik
3. Rice cooker
4. Cooker Hood / exhaust hood
5. Penghawa dingin (aircon)
6. Kipas Dinding
7. Seterika Elektrik
9. televisyen
8. Astro Njoi
9. Mesin basuh & sabun pencuci
10. Tuala Mandi
11. Keperluan Asas Mandian (Sabun & syampo)
12. Pemanas air
13. Ampaian
14. Makanan Asas (Beras, gula,garam,teh)
15. First Aid

Selain tu ada extra kemudahan bagi yang ada anak kecik. Sebab ada buaian untuk bayi hokey?! Sesak otak jugak kan kalau nak travel dengan baby yang tak pandai tidur tanpa buaian kan? Mujur lah owner homestay gerik ni memahami masalah traveler kan?
homestay-gerik-perak

Purnama Annur Homestay Gerik ni boleh muat 7 orang dewasa dengan selesa tapi capacity dia antara 12 - 13 orang pun boleh muat lagi. Turut di sediakan tilam dan bantal extra tanpa caj tambahan. Kalau kat hotel ni kalau request extra pape, mesti ada extra caj dia. Kat homestay ni takpe owner dia baik hati. Dia bagi guna je extra tilam dan bantal dengan percuma. Bagus owner homestay ni moga dapat banyak pahala dan makin melimpah rezekinya..hehe

Lokasi dia agak strategik sebab tak jauh dari kedai serbaneka 7 eleven. Hanya 10 minit je kalau jalan kaki. Selain tu kalau guna transport awam pun senang sebab kalau nak ke Hentian Bas Utama atau stesen teksi Gerik ni cuma 5 minit je. Nak ke pekan Gerik pun hanya 5 minit je perjalanan dia kalau naik kereta. Jimat masa so banyak aktiviti lain korag boleh buat kalau menginap kat Homestay Gerik Purnama Annur ni.

Antara tempat menarik yang anda boleh lawati atau lakukan aktiviti kalau menginap kat situ adalah..

⇛Kolam Air Panas Ulu Legong - Hanya 1 jam perjalanan
⇒House boat , Tasik Banding - 3/4 jam
⇒Eco tourism Kelah Sanctuary - 1 jam perjalanan
⇒Royal Belum State Park - 40 minit perjalanan
⇒Galeri Arkeologi Kota Tampan - 30 minit perjalanan
⇒Kawasan Perkelahana Lata Lawin - 1/4 jam
⇒Castella Cafe (nasi buluh) kampung padang stang - 1/2 jam
⇒The Twin Peaks Of Perak Gunung Kenderong - 20 minit
⇒Hiking activity - Gunung pulut - 10 minit
⇒Bukit sejuk, Titiwangsa Highest Point - 3/4 jam

Kat situ juga berdekatan dengan insititut pengajian.. So, maybe nak hantar anak atau ahli keluar masuk belajar kat situ boleh jugak jadikan homestay Gerik Purnama Annur ni sebagai tempat penginapan anda.. Antara Institut pengajian yang berhampiran dengannya adalah..

⇏MRSM Gerik - 10km
⇏Kolej Komuniti Gerik - 10 km
⇏Kolej Vokasional Gerik (Semetrik) - 10 minit
⇏Pejabat Pendidikkan Daerah - 5 minit
⇏MRSM pengkalan hulu - 3/4 jam
⇏Maahad Tahfiz & kemukjizatan Al Quran - 2 km
⇏SABK Tan Sri Ghazali Jawi - 1km
⇏Pondok Pak Teh) - 47km

Kot la hangpa nak pi berubat cara rawatan alternatif ni kat situ juga ada pusat rawatan berhampiran dengan homestay ni. Pusat rawatan Alternatif kanser (Pak Ndak Perubatan Tradisional) hanya 7km dari homestay Gerik Purnama Annur ni.

Homestay hanya untuk orang Muslim sahaja. Tidak boleh merokok & bawa haiwan peliharaan. Boleh buat macam rumah sendiri tapi makesure jaga peralatan & kemudahan yang di sediakan dengan baik. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakkan akan di kenakan penalti.

Sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan boleh hubungi

Whatsapp
Hj Safran - 019 5708591
Annur - 013 4056533

Facebook

Alamat Homestay Gerik Purnama'Annur
No 52, Laluan Intan 2
Taman Intan, Gerik Perak

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y