Header Ads

Taman Refflesia, Kg Bongor Gerik

Taman Refflesia ini terletak di Kampung Bongor dalam kawasan Bersia, Gerik. Perjalanannya memakan masa selama 25 minit untuk sampai ke Kapung Bongor. Manakala dari Kg. Bongor ke kaki bukit mengambil masa lebih kurang 30 minit dan perlu merentasi jalan yang tidak berturap. Dari kaki bukit menuju ke kawasan rafflesia pula mamakan masa selama satu jam berjalan kaki.

taman rafflesia gerik

Pelbagai jenis refflesia yang terdapat di sini. Antaranya ialah refflesia Azlanii dan refflesia Cantleyi. Kawasan taman ini berukuran 5 hektar. Refflesia ini boleh digunakan sebagai sumber ubat-ubatan. Mengikut sejarah, refflesia azlanii diberi nama sempena nama Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah. 

Kawasan ini diuruskan oleh En. Ishak Yahya daripada Kg. Bongor. Pelancong hanya dibenarkan masuk ke dalam taman ini untuk menikmati keajaiban alam semulajadi dengan diiringi oleh Encik Ishak sahaja dan dalam kumpulan yang kecil. 



Tempat ini dijadikan sebagai tempat kajian bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan diterajui oleh Prof. Dr. Kamaruddin Mat Salleh. Di taman ini juga terdapat pelbagai pokok yang jarang ditemui di tempat-tempat lain. Sumber-sumber hutan ini amat berguna dalam industri perubatan.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi En Ishak 019-4285573. 

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y