Header Ads

Pulau banding,Tasik Temengor Gerik

tasik temengor gerik
Pulau Banding Gerik adalah tasik buatan manusia. Pemandangan sekitar Tasik Temenggor sangat memukau mata. Tasik Temenggor adalah empangan menjana kuasa eletrik hidro di Hulu Perak yang siap di bina pada tahun 1974. Di bahagian tengah Tasik Temenggor ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. 

Anda pasti akan melalui Pulau Banding dalam perjalanan menuju ke Jeli Kelantan melalui Lebuh raya Timur Barat. Sama ada anda dari Ipoh atau Pulau Pinang, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan penuh. Stesen minyak hanya ada di Gerik sahaja.  Stesen minyak yang berikut hanya di Jeli, Kelantan.

Di sini adalah tempat yang ideal untuk aktiviti memancingKaki-kaki pancing akan memburu ikan seperti Toman, Sebarau,dan Kelah. Anda boleh melakukan akitiviti luar seperti berkelah, berkhemah, jungle trekking, dan boating. 
tasik banding gerik

Pastinya suatu pengalaman yang berbeza jika dapat bermalam di atas tasik dan merasai kesejukan udara tasik yang dikelilingi bukit. Tasik Banding menjadi terkenal dengan asetnya yang utama iaitu Taman Negeri Royal Belum yang masih terpelihara kehijauan dan keasliannya. Disini juga menjadi habitat asal bagi spesies bunga primitif iaitu bunga pakma (rafflesia)

Banyak chalet dan resort terdapat di kawasan sekitar ini. Namun jika anda tidak bercadang bermalam di atas tasik, anda boleh menginap di Gerik. Terutamanya jika anda sedang dalam percutian keluarga dan memerlukan penginapan homestay yang berpatutan. Tinggal di homestay menjanjikan penginapan lebih selesa bagi keluarga yang ramai dan dapat menyediakan makanan yang dimasak sendiri.

Hubungi Homestay Purnama Annur Gerik, yang terletak di tengah-tengah Pekan Gerik sekarang! untuk penginapan yang selesa dengan harga serendah RM180/malam! 019 570 8591 (whatsapp available)


tasik temengor gerik

tasik temengor gerik

tasik banding gerik

berkayak tasik banding


royal belum state park

house boat banding
HouseBoat Tiung Mas: Hubungi- Along 0124592680, Opie 0134077175

banding houseboat
Casuarina Houseboat: Hubungi 0175784478 atau 0194934736
Selamat datang ke Gerik dan selamat bercuti!

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y