Header Ads

Peraturan umum homestay


PERATURAN UMUM

1. Sila gunakan peralatan yang tersedia dengan penuh hemah dan cermat. Jika terdapat kerosakan sebelum digunakan, sila laporkan kepada kami sebaik sahaja anda mendapat tahu akan kerosakan tersebut.

2. Tidak dibenarkan mengalihkan kedudukan perabot / peralatan di dalam homestay ini. Jika penyewa telah mengalihkan sebarang perabot / peralatan, penyewa hendaklah meletakkan kembali perabot tersebut pada kedudukan asal sebelum check-out.

3. Pasangan bukan mahram adalah ditegah sekeras-sekerasnya daripada menginap di homestay ini.

4. Merokok di dalam rumah adalah dilarang sama sekali bagi mengelakkan sebarang kerosakan dan kejadian yang tidak diingini. 

5. Penyewa dilarang membiarkan aircond terus terpasang selama beberapa hari terutama semasa penyewa tiada dirumah kerana ini menyebabkan kerosakan kepada aircond tersebut akibat daripada kecuaian tersebut.

6. Dilarang sama sekali menjadikan sama ada cadar, comforter, selimut atau sejadah sebagai alas seterika bagi mengelakkan fabrik tersebut rosak dan terbakar.