Header Ads

Muzium Arkeologi Lenggong

arkeologi lenggong


Muzium Arkeologi Lenggong atau 'Muzium Arkeologi Kota Tampan' terletak di Kota Tampan iaitu sejauh 25 minit perjalanan menaiki kereta dari Gerik. Bandar Lenggong terletak sekitar 100 kilometer ke utara Ipoh melalui jalan Kuala Kangsar ke Gerik. Ia merupakan tapak prasejarah bertarikh 74,000 tahun dahulu.

Gua Gunung Runtuh merupakan tapak penempatan aktiviti manusia tertua di Semenanjung Malaysia. Muzium Arkeologi Lenggong ini turut mempamerkan Orang Perak (perakman), yakni penduduk Semenanjung Malaysia tertua dijumpai di dalam gua di kawasan yang dipamerkan di situ.Rangka ini bertarikh antara 10-11,000 tahun silam, merupakan manusia Zaman Batu, dari tempoh Paleolitik.

Antara tarikan lainnya adalah pameran fosil alat batu dalam Suevit yang dijumpai hasil kajian di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak pada tahun 2008. Artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat repehan ini ditemui melekat di dalam batuan suevit, sejenis batuan yang terbentuk akibat hentaman meteorit yang berlaku 1.8 juta tahun dahulu. 

Penemuan ini mencadangkan bahawa artifak tersebut berusia lebih 1.8 juta tahun kerana artifak itu ditemui melekat di dalam batu suevit. Ini bermakna masyarakat terawal di rantau Asia Tenggara adalah di Malaysia, khususnya di Lembah Lenggong.

Muzium Arkeologi Lenggong terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Lata Kekabu , hanya 2 km di laluan yang sama.
perakman lenggong

perakman lenggong


perakman lenggong

perakman lenggong

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Call atau whatsapp je di +60195708591 okey (^_^)y